Latar belakang Serangan Paris November 2015

Sejak 19 September 2014, Perancis terlibat dalam operasi di Iraq dan Syria yang dikenali dengan nama kod Operasi Chammal. Perancis menyerang sasaran pertamanya pada bulan Oktober 2015.[18]

Perancis berada dalam keadaan berjaga-jaga dengan ancaman pengganas sejak kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada awal Januari 2015 dan kejadian berkaitan lain semasa Serangan Île-de-France Januari 2015. Perancis turut meningkatkan keselamatan kerana Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015 dijadualkan akan diadakan di Paris pada 30 November hingga 11 Disember 2015, dan telah mengadakan semula pemeriksaan sempadan pada minggu sebelum serangan berlaku.

Kejadian tembak-menembak Charlie Hebdo pada Januari 2015 berlaku di Daerah 11 kota raya Paris, di mana terletaknya panggung Bataclan.[19]

Kumpulan Negara Islam (IS) dan cawangannya telah mengaku bertanggungjawab ke atas beberapa serangan maut dalam minggu-minggu yang membawa kepada serangan ini. Pada 12 November 2015, pengeboman berani mati berkembar berlaku di Beirut, Lubnan, membunuh seramai 43 orang. Pada 31 Oktober 2015, Penerbangan 9268 Metrojet yang membawa kebanyakannya penumpang Rusia terhempas di Sinai di Mesir. IS cawangan Sinai mengaku bertanggungjawab.

Rujukan

WikiPedia: Serangan Paris November 2015 http://www.lameuse.be/1423449/article/2015-11-14/e... http://www.20min.ch/ro/news/monde/story/Soudain--l... http://english.astroawani.com/malaysia-news/paris-... http://english.astroawani.com/world-news/anti-musl... http://english.astroawani.com/world-news/france-pa... http://english.astroawani.com/world-news/paris-rai... http://english.astroawani.com/world-news/third-bod... http://www.astroawani.com/berita-dunia/najib-wan-a... http://www.astroawani.com/berita-dunia/obama-ketua... http://www.astroawani.com/berita-dunia/penyerang-p...